Mak saya mempunyai hati yang sangat halus dan penyayang. Saya rasa bukan mak saya sahaja yang mempunyai hati yang halus dan penyayang. Saya pasti hampir setiap ibu di serata dunia mempunyai sifat seperti itu. Sangat perihati dengan keperluan anak-anak mereka.
Mak saya pula seorang wanita yang sangat baik hati. Tapi jangan buat dia marah...hmmm...boleh terbalik dunia nie...hehehe...
Kasih sayang dan susah payah mak untuk saya dari saya mula bernyawa di dalam rahim beliau sehingga saya dewasa tidak dapat saya balas.
Walaupun saya dapat kumpulkan segala harta dunia ini dan meletakkannya di telapak kaki mak, tidak mungkin terbalas setitis susu yang diberikannya kepada saya.
Setiap manusia mempunyai perjalanan hidup yang berlainan.
Jalinan hubungan setiap manusia berlainan.
Sepanjang perjalanan hidup saya, memang saya tidak nafikan terlalu sukar untuk saya melafazkan kata-kata sayang atau membelai mak.
Terkadang saya merasa cemburu bila adik rapat dengan mak dan dapat berbual dan bergurau dengan mak. Saya pula tidak dapat melakukan sebegitu. Takut saya akan melukakan hati mak tanpa sengaja dan kami akan bertukar kata-kata yang tidak sedap didengar oleh telinga.
Jadi oleh kerana itu, saya memilih untuk tidak terlalu banyak berinteraksi dengan mak.
Tapi itu tidak bermakna perasaan kasih sayang saya terhadap mak berkurangan.
Sebagai anak, saya perlu cuba memahami mak saya. Saya yang harus banyak beralah terhadap beliau.
Terkadang saya berfikir. Jikalau saya boleh beralah dengan orang luar yang tiada pertalian darah dengan saya, kenapa tidak saya terhadap mak????
Itu tidak masuk akal bukan?
Seharusnya mak adalah satu-satunya insan yang saya harus banyak beralah dan harus sentiasa tersenyum walaupun hati ini sakit dengan kata-kata dan perbuatan mak.
Apakah azam saya pada tahun 2015?
1) Saya akan menjadi lebih lembut terhadapmak.
2) Saya akan belajar untuk tersenyum dengan kata-kata dan perbuatan mak walaupun menyakiti hati ini.
3) Saya akan berlembut suara dan kata terhadap mak.
4) Saya akan tegur sikap mak dengan cara berhemah.
5) Saya akan menggembirakan hati mak sehingga akhir hayat.
Tiada yang mustahil di mata Allah. Saya akan menjadi anak yang lebih baik terhadap ibu saya. Saya akan menjadi penyejuk mata beliau.
Semoga mak dikurniakan syurga yang terbaik ciptaan Allah tanpa hisab. Amin Ya Rabbal Alamin....