Tahukah anda bahwa di balik kalimat akad, terkandung makna yang begitu dalam?
Seandainya para lelaki tahu besarnya makna ijab qabul (akad nikah), niscaya mereka akan berfikir sebelum melakukan poligami. Semakin ramai isteri, semakin banyak dosa yang perlu digalas oleh suami.
Dalam Islam, pernikahan (akad nikah) terjadi sama sekali bukan karena janji setia seorang lelaki terhadap seorang wanita, melainkan perjanjian antara 2 orang lelaki, yaitu wali perempuan dan mempelai lelaki.
Aku terima nikahnya Sifulan Binte Sifulan dengan maskahwinnya yang tersebut.
Artinya :
“Saya tanggung dosa-dosa ''Si dia'' dari ibu bapaknya. Apa saja dosa yang dia kerjakan. Dari Aurat hingga meninggalkan Shalat saya yang tanggung, bukan ibu bapaknya lagi. Dan Saya menanggung dosa anak-anak jika gagal dalam mendidiknya. Saya rela masuk neraka.”
Perjanjian akad nikah ialah berisi perlepasan tanggungjawab ayah kepada suami.
Tanggungjawab di sini bukan sahaja sekadar nafkah tetapi juga tanggubjawab menjaga maruah dan yang lebih berat lagi ialah menjauhkannya dari api neraka.
Inilah sebabnya kenapa akad nikah diperlukan saksi.
Beratnya perjanjian antara 2 orang lelaki (bapa & suami).
Bahkan kerana beratnya tanggungjawab itu sehingga bergegar Arash Allah kerananya. Bahkan para malaikat pun ikut hadir mendoakan mereka.
Kalau dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggung lelaki seperti gunung dengan semut.
Untuk para suami dan calon suami, alangkah baiknya kalau anda membekali diri anda dengan ilmu agama (dan juga ilmu dunia) agar anda dapat memikul tanggung jawab besar ini dan membawa keluarga anda ke surga Allah.
Untuk para isteri dan calon isteri, bekali juga dirimu dengan ilmu agama agar dapat membantu meringankan tanggung jawab suamimu.
Itu hanyalah permulaan sebuah bahtera perkahwinan. Segalanya di anggukkan oleh bakal suami.
Segalanya bersedia.
Segalanya sanggup.
Tapi seperti manusia biasa kita terlena dengan indahnya kenikmatan dunia. Dan untuk para suami, mereka berfikir yang mereka dapat 'green light' dari Allah untuk menikah lebih dari satu.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui mengapa Dia mengizinkan sedemikian dan kita sebagai hambanya haruslah menerimanya.
Akan tetapi para suami (tak semua) terlupa yang bilangan manusia di bawah tanggungannya adalah bilangan sebanyak mana insan yang perlu dipikul tanggungjawabnya.
Dah cukup hebat sangat ke dirimu untuk menikah lebih dari satu?
Yang lebih parah lagi kerana takut isteri 'throw tantrum' dan mengamuk, dia sanggup untuk 'makan' di luar.
Bagi wanita yang menjadi 2nd wife, memanglah takde apa yang nak difikirkan sangat. Tapi bagi wanita yang diambil miliknya, terasa sakit sangat tak terkira. Kerana terlalu sakit sehingga nak menangis pun dah kering airmata.
Wahai para suami.....
Madu itu memang sedap rasanya. Tapi mampukah anda membimbing isteri anda jika ianya melebihi seorang?
Pada zaman sekarang nie, pernikahan hanyalah untuk menunjukkan yang kita nie 'laku'.
Apakah insan yang tak bernikah lagi sehingga akhir hayat mereka dikira tidak laku?
Pernikahan tanpa ilmu dan iman adalah mengarah kepada kebinasaan perkembangan ummah.
Kenapa?
Pasangan yang tidak beriman dan tidak berilmu hanya akan mengembangkan ummah yang jiwanya melangkah jauh dari jalan Allah.
Kaya di dunia tetapi miskin di akhirat.
Kalau yang dah ditemukan jodoh, janganlah terlalu bangga dan memandang sebelah mata kepada yang masih belum ditemukan jodoh.
Belum tentu suami/isteri anda itu dapat memimpin tangan anda ke syurga.
Pernikahan itu sunnah yang sangat dianjurkan. Tetapi kita mesti ingat jodoh bukan di tangan kita. Tetapi di 'tangan' pemilik roh kita (Allah s.a.w).
Nikmatilah bahtera perkahwinan anda dengan rasa syukur dan tawadhuk. Sesungguhnya Allah sangat suka kepada kesederhanaan.
Jikalau bahtera anda telah jauh tersasar di lautan gelora, kemudilah kembali ke lembah iman yang penuh dengan kesyukuran.
Sesungguhnya aku berterima kasih kepadaMu kerana mengurniakan kepadaku orangtua yang sangat penyayang. Dua insan yang sering mengingatkan aku kepadaMu Ya Allah.
Ya Allah....
Jika tiada jodohku di dunia, aku yakin Kau telah menyediaka insan yang jauh lebih baik di syurga. Kurniakanlah aku syurgaMu Ya Allah supaya dapatku bertemu dengan kekasih pilihanMu.
Amin Ya Rabbal Alamin....
http://gengtube.org/cinta-paling-agung-2015/