Telah sampai waktunya kini,
Dirimu pergi meminta diri,
Terima kasih kerana hadiri,
Kehadiran dirimu kami dibekahi.
Selamat tinggal bukan selamanya,
Semoga bertemu di lain masa,
Syawal datang disambut gembira,
Perginya Ramadan bertemu semula.
Wahai Ramadan pujaan hati,
Hadirmu sangat membawa erti,
Terima kasih mendidik diri,
Mendidik hati mendekati illahi.
Dirimu pergi meminta diri,
Terima kasih kerana hadiri,
Kehadiran dirimu kami dibekahi.
Selamat tinggal bukan selamanya,
Semoga bertemu di lain masa,
Syawal datang disambut gembira,
Perginya Ramadan bertemu semula.
Wahai Ramadan pujaan hati,
Hadirmu sangat membawa erti,
Terima kasih mendidik diri,
Mendidik hati mendekati illahi.