Semua manusia menginginkan dijauhi kesusahan dunia. Mendabakan syurga Allah.
Tapi pernah ke kita terfikir sebelum Allah mengurniakan kita syurgaNya, pernahkah kita menginginkah Allah di hati kita? Berapa kalikah kita menitiskan airmata kerana Allah?
Kita sering menitiskan airmata kerana manusia. Tidak kiralah kerana dimarahi oleh majikan, sakit hati dengan kata-kata dan perbuatan manusia yang kita sayang dan rasa paling rapat dengan kita.
Pernahkah kita terfikir yang kita sering membuat Allah marah. Secara sengaja ataupun tidak, kita membuat Allah marah setiap hari. Cuba sendainya kita buat boss kita marah setiap hari, kalau tak kena buang keje pun nasib.
Keampunan & rahmat Allah melebihi alam semesti ini. Sebesar mana pun dosa yang kita lakukan, Allah tidak pernah tidak memaafkan kita. Allah tidak pernah menutup pintu taubat bagi mereka yang benar-benar insaf.