Berapa agaknya jumlah yang mencukupi?
Ataupun duit memang takkan pernah cukup walau berapa banyak kita miliki?
Apakah nilai duit dalam pada kita?
Pernah tak anda semua bertanya soalan-soalan itu?
Soalan yang jawapannya berbagai mengikut cara pemikiran masing-masing. Akan tetapi terus-terang duit memang tidak akan pernah mencukupi walau berapa banyak pun kita miliki.
Orang yang sudah kaya ingin menjadi bertambah kaya kerana merasakan yang mereka boleh memperolehi kekayaan yang lebih banyak lagi.
Tetapi tidak kurang juga manusia yang tidak berapa mementingkan duit asalkan hatinya tenang tanpa hutang dan masalah, itu lebih bernilai daripada dollar berjuta.
Berapa ramai orang kaya yang hidupnya tidak tenang walaupun dilimpahi bergunung kekayaan?
Sedangkan orang yang hidup sederhana bahkan yang miskin melayari hidup lebih tenang daripada orang-orang kaya yang berhidup di banglow-banglow tersergam indah serba mewah.
Sepenting apakah duit itu pada anda?
Pada saya memang teramat penting.
Kerana...
---> Semua perkara penting memerlukan duit.
---> Hendak membuat kebajikan memerlukan duit.
---> Hendak menyara keluarga memerlukan duit.
Yang paling penting sekali....
---> Hendak menyara kedua ibu bapa kita memerlukan lebih banyak duit kerana orang tua kerap uzur dan memerlukan biaya ubat-ubatan dan kos rumah sakit.
Ramai orang melihat aku sebagai mata duitan. Akan tetapi tidakkan mereka terfikir yang mereka juga mata duitan.
Jika tidak kenapa perlu mengharapkan duit gaji tiap-tiap hujung bulan?
Kenapa tak kerja secara percuma.
hehehehehe....
Begitu mudah kan hendak melabelkan manusia lain sebagai mata duitan. Akan tetapi pada hakikatnya duit adalah salah satu sumber yang paling penting dalam kehidupan kita selain dari ketenangan jiwa.
Kurangnya kuasa duit dalam kehidupan kita akan membuat kita merasa bimbang dan susah hati bagaimana hendak meneruskan kehidupan.
Ini semua adalah lumrah kehidupan.
Kita semua bukan lagi tinggal di hutan belantara yang berhidup bergantung kepada buahan-buahan dan tumbuh-tumbuhan yang kita boleh perolehi secara percuma dari alam sekitar.
Cara kehidupan manusia sekarang telah berubah mengikut rentak peredaran zaman. Segalanya kita perlu beli walhal itu adalah asalnya dari Allah yang menumbuhkan buah-buahan dan menghidupkan segala binatang untuk makanan manusia.
Akan tetapi kita perlu membayar untuk memakan itu semua. Dari beras, makanan laut, makanan darat, sayu-sayuran dan juga air. Semuanya perlu dibeli dengan duit.
Jadi di mana letaknya tidak kepentingan duit dalam hidup kita.
Cuma bila dianugerahkan kelebihan keuwangan janganlah menjadi bongkak dan takbur sehingga tidak berpijak di bumi nyata dan memandang rendah kepada semua manusia.
Subhanallah! Betapa sayangnya Allah pada hambaNya.
Aku sangat beruntung kerana tidak ditimpa kesusahan yang berat seperti orang-orang yang berada di negeri perang sana. Yang di mana kehidupan seharian mereka hanya memikirkan tentang samada mereka akan dapat menghembuskan nafas yang seterusnya.
Apa sahaja yang ada sangat disyukuri. Memiliki hati yang pemaaf. Memiliki iman yang sangat kuat dan sangat percayakan ketentuan Allah.
Mereka percaya yang Allah tidak akan meninggalkan mereka dalam keadaan sebegitu tanpa menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk mereka.
Sedangkan kita yang tinggal di negara yang serba modern dan canggih merungut atas segalanya.
Subhanallah! Semoga hati kita semua tidak jauh dari Allah walaupun dikurniakan Dollar Berjuta suatu hari nanti.
Amin Ya Rab