Mungkin anda sedang berusaha untuk mengecapinya ataupun anda merasakan ianya hanya tinggal angan-angan belaka.
Berbagai cara untuk mewujudkan keinginan atau impian kita. Ada sesetengah manusia bangun di tengah malam untuk solat Tahajjud dan tidak kurang juga yang memuja dan menyembah selain Allah agar hajat mereka tercapai.
Mengapa kita harus meminta dari makhluk ciptaan Allah sedangkan kita boleh meminta dari pencipta kita sendiri (Allah s.w.t.)?
Tiada yang mustahil di mata Allah. Jika Dia berkehendak segala sesuatu yang mustahil di dunia ini menjadi kenyataan.
Subhanallah Islam adalah satu agama yang cukup sempurna. Segala apa saja yang kita inginkan kita telah disediakan 'manual' dari Allah s.w.t. Cuma sebahagian besar manusia menganggapnya terlalu sukar dilaksanakan.
Solat....suatu ritual yang terlalu berat untuk mana-mana manusia yang tidak kuat imannya. Sedangkan jika meminta dari makhluk jin jauh lebih berat permintaannya. Mereka (jin) menginginkan nyawa manusia. Bukankah itu jauh lebih berat? Bukan sahaja nyawa manusia. Tetapi nyawa manusia yang terdekat (ibu, ayah, isteri, suami, anak-anak, dll).
Di zaman sekarang, ramai yang tidak nampak keperluannya bersolat dan hebatnya secebis doa. Manusia zaman sekarang mahukan yang 'express' walaupun menggunakan jalan salah.
Pada pendapat saya setiap sesuatu ada waktunya. Jika Allah tidak memberi bukan bermakna DIA menolak permintaan kita begitu sahaja. Tetapi sebaliknya Allah gantikan dengan yang jauh lebih baik menurutnya yang baik untuk kita. Walaupun kita tidak menyukainya.