Aku sendiri tidak tahu di manakah puteraku berada. Apakah sekarang dia masih dalam pengembaraannya mencari ilmu? Ataukah dia sudah dekat pada diriku? Hanya Allah sahaja yang tahu dia manakah puteraku berada.
Dalam diri setiap manusia pasti ada perasaan cinta, sayang dan rindu. Kita dibekalkan perasaan itu oleh Allah s.w.t. In other words, that makes us human.
Tidak ada seorang pun manusia di dunia ini yang ingin hidup sendirian. Setiap insan ingin hidupnya ditemani oleh orang tersayang. Ingin didakap, dibelai dan diciumi. Ini adalah perasaan nafsu yang Allah bekalkan kepada setiap hamba ciptaanNya.
Perasaan itu jika disalurkan di jalan yang salah, ianya hanya akan menjadi kenikmataan yang berupa sementara dan perbuatan yang sia2. Tetapi jika disalurkan dengan cara yang halal, ianya bukan sahaja nikmat tetapi kita juga dapat menjadi sebahagian dari golongan yang mengembangkan umat Islam di dunia ini (zuriat).
Subhanallah beruntunglah bagi mereka yang memiliki pasangan yang soleh dan solehah. Tidak mudak dicari. Tetapi tidak mustahil untuk dimiliki.
Tiada yang mustahil di mata Allah s.w.t.