Jauhnya jarak terasa dekat di hati.
Bila rindu singgah di hati mengalir airmata di pipi tanpa disedari. Tiada sesiapa dapat mengerti perasaan ini seandainya tidak sendiri melalui.
Rasa rindu berbagai cabang.
Rindu kepada Allah...
Rindu kepada Rasulullah....
Rindu kepada ibu bapa....
Rindu kepada adik beradik...
Rindu kepada sahabat handai....
Rindu kepada kekasih/suami/isteri....
Pada saat ini, aku dilanda perasaan rindu. Rindu pada lambaian kaabah. Di situlah tempat di mana aku menyerahkan diriku sepenuhnya untuk tuan punya hati ini yang sebenarnya. Satu-satunya yang aku boleh letakkan sepenuh kepercayaan dan tidak akan merasa kecewa atau terluka bila menyintai dirinya. Bahkan aku akan diberkati dan dikurniakan syurga.
Berapa ramai di antara anda di luar sana yang mendambakan rindu Allah?
Pelik tak bunyinya?
Cuba anda fikir, jika Allah tidak rindukan kita, betapa jauhnya kita dari Allah?
Macam mana hendak kita layari hidup ini tanpa rindu, cinta dan ikhsan dari Allah. Sedangkan Dia tidak memerlukan kita untuk menyembahNya atau mengingatiNya. Tetapi kita memerlukan diriNya setiap saat.
Bayangkan seandainya disekat oxigen dari pernafasan kita? Sudah tentunya kita tidak akan dapat teruskan hidup ini. Kerana ikhsanNya sahaja dapat kita menghirup udara yang segar dan terus hidup melayari kehidupan bersama orang-orang tersayang di sisi.
Subhanallah!
Sungguh baiknya Allah pada kita walaupun kita sentiasa melupakan dirinya kerana sibuk dengan kerja. Melengahkan waktu 'berdating' denganNya.
Betapa ikhsannya Allah terhadap kita tanpa kita sedar walaupun kita melupakan diriNya, Dia tetap sedia mengampunkan. Allah adakan System Pertaubatan untuk hambaNya.
Seberapa lama pun kita ingkar kepadaNya, Dia masih membuka pintu taubat untuk kita seluas semesta. Bahkan lebih luas dari itu.
Subhanallah!
Terima kasih Ya Allah! Tanpa ikhsanMu siapalah kami.