Dalam banyak-banyak solat dalam sehari yang kita wajib lakukan, solat subuh adalah solat yang paling berat untuk kita laksanakan.
Pada pagi subuh yang hening, bagi manusia yang tidak kuat imannya, tidak akan mungkin mengangkan selimut yang menyelimuti tubuhnya pada pagi itu untuk melangkah menunaikan solat subuh.
Siapa di antara anda yang kuat bersukan, mengangkat berat? Anda merasa anda sudah cukup kuat? Cuba mula dengan menunjukkan kekuatan pada diri anda sendiri yang anda kuat untuk mengangkat selimut untuk bangun solat subuh. Boleh?
Seseorang tidak boleh dikira kuat jika dia tidak kuat untuk mengangkat selimutnya untuk bangun solat subuh yang hanya dua rakaat sahaja.
Pada saat itulah syaitan berkerja keras untuk memujuk kita untuk terus tidur dan membisikkan ke hati nurani kita betapa hangatnya berselimut di pagi yang dingin itu dan betapa empuknya katil yang kita sedang baring itu.
Saya pasti setiap daripada anda pernah melalui situasi ini.
Kenapa tidak kita buat 'plan' untuk membuat 'syaitan menangis', mengalah kerana kita bangun tanpa bertangguh dan menunaikan solat subuh.
Jom jadikan solat sebagai mahkota yang kita pakai di dalam hati.
Wear it everyday and every second proudly.
Be a believer of actions and not just all beautiful words.
Always remember who you need to please.
Make Allah your ultimate lover over every human kind or everything in this world.
Let's start this wonderful journey of solat together. Let's hold each other hands to jannah.
In sha Allah.