Keindahan sementara dunia membuatkan kita melihat nilai syurga jauh lebih rendah dari bayaran masuk ke tandas awam (10 sen).
Kenikmatan belaian makhluk bumi melebihi kenikmatan dakapan keberkatan Tuhan.
Belaian insan tercinta melebihi belaian jiwa dari sang Illahi.
Ya Allah....
Betapa jauhnya kami dariMu.
Betapa ruginya kami tanpa rinduMu.
Betapa kehilangannya kami tanpa cinta suciMu.
Keasyikkan kenikmatan dunia membuatkan jiwa hamba-hambaMu melupai betapa kami sangat memerlukan belas ikhsan dariMu.
Sehingga kami terdampar di bumi kehausan cintaMu. Tanpa menyedari betapa jauhnya kami dariMu.
Kembalikanlah kami kepadaMu Ya Allah.
Datangnya kami dariMu,
Kembalikanlah kami kepadaMu.
Berkali kami mengakui musuhMu,
Musuh kami jua.
Tetapi berkali itulah kami mengikuti bisikkan dan pujukkan musuhMu.
Pimpinlah kami kembali kepadaMu,
Jangan biarkan kami gersang di bumi ini tanpa cintaMu.
Tuntunlah jalan kami ke syurga terbaik ciptaanMu.
Kurniakanlah syurga tanpa hisab kepada kami.
Sinarilah jiwa tandus kami dengan iman terhadapMu.
Sesungguhnya jiwa kami tersangat jauh darimu.
Terima kasih kerana menghantar kami ke dunia dalam keadaan dunia ini sangat gersang ketandusan cintaMu. Cubaan dunia yang dapat menguatkan cinta kami kepada Illahi, menyinari jiwa dengan kasih Illahi.
Kami adalah umat akhir zaman.
Penduduk bumi yang terakhir.
Penduduk bumi yang paling ingkar.
Penduduk bumi terdiri dari umat Nabi dan Rasul kesayanganMu.
Keingkaran yang meliputi kesemua perbuatan umat-umat manusia daripada Nabi dan Rasul sebelum Muhammad s.a.w. Di saat ini terdiri dari penduduk bumi yang terlupa dari mana asal mereka. Bahkan ada yang menghina diriMu.
Sesungguhnya kami sangat mengetahui yang Kau tidak akan kerugian jika diriMu tidak kami sembah. Tapi kami penduduk bumi yang akan dalam kerugian jika tidak menyembahMu atas dasar syukur terhadapMu.
Izinkanlah kami menjalani hidup ini di atas keredhaanMu.
Terima kasih Ya Allah di atas segala dugaan dan kesenangan yang telah Kau berikan kepada kami.
Terima kasih kerana mengizinkan kami menghirup udara dan terus hidup walaupun saban hari kami ingkar kepadaMu dan meletakkan diriMu yang paling terakhir di dalam jadul seharian kami.
Terima kasih atas belas ikhsanMu mengurangi solat fardhu dari 50 rakaat kepada 5 rakaat. Dengan banyaknya jumlah rakaat yang Kau perintahkan kepada kami membuktikan yang kami sememangnya diciptakan untuk meletakkan diriMu yang paling atas di dalam jadual seharian kami dan bukan yang paling akhir.
Segalanya akan terhenti dengan perintahMu. Tetapi Kau membiarkan kami menjalani hidup seperti biasa walaupun diriMu tidak kami letak yang paling atas dalam hati kami.
Kurniakanlah kami dari sumber rezeki yang berkah. Sumber rezeki yang mempunyai jadual yang mengizinkan kami meletakkan diriMu teratas dalam jadual seharian kami.
Amin Ya Rab.