Ada yang sampai ke tahap menghina sesama manusia sedangkan mereka lupa yang mereka cuba buat adalah membetulkan salah faham seseorang terhadap sesuatu issue yang berunsur agama. Akan tetapi sangat mengecewakan apabila ada di antara mereka yang mengeluarkan kata-kata kesat dan merendahkan sesama.
Kita semua bukanlah ustazah atau ustaz jauh sekali para ulama yang dipilih Allah untuk memiliki ilmu yang tinggi. Kita masih bersandarkan kepada mereka-mereka yang kita gelar ustazah, ustaz dan ulama. Kerana kita tahu tahap ilmu kita sampai ke mana.
Pada zaman sekarang ini kita disajikan dengan 'Facebook' yang kita boleh posting dan comment pada posting org lain untuk memberikan pendapat kita. Ruangan comment juga adalah salah satu platform untuk mengeratkan silaturrahmi.
Tapi sayang....facebook dijadikan tempat perbalahan. Issue agama pulak tu. Ada yang memberi comment seolah-olah dialah seorang sahaja yang faham tentang agama. Seolah-olah semua orang salah.
Dalam facebook ramai yang merasakan merekalah ustazah, merekalah ustaz, merekalah ulama. Sedangkan ilmu agama tidaklah sedalam mana pun.
Memang baik kalau kita cuba perbetulkan kawan kita yang buat kesilapan tapi tidaklah sehingga membuat beliau terasa terhina.
Contoh, ada seorang kawan saya menceritakan yang ada seorang hamba Allah di dalam facebook pernah bertanya jika suami dia tahu atau tidak tentang agama. Kemudian kawan saya menjawab tentulah tau.
Yang saya marah sangat pada hamba Allah yang bertanya itu kerana cara pertanyaan dia itu seolah-olah dia berbangga dengan ilmu yang tak sampai sejengkal yang dia miliki itu.
Beringatlah wahai teman. Setiap orang ada guru mereka masing-masing. Kalau kita menimba ilmu, carilah kesalahan diri kita dan perbaiki tingkah laku kita dahulu sebelum kita cuba nak mencelah ke dalam kehidupan orang lain.
Lagi-lagi jikalau 'nasihat' dan 'khutbah' anda di lelaman facebook tidak sejalan dengan cara anda melayari kehidup anda. Jangan jadi manusia munafiq.
Cuba kita perhatikan baik-baik. Jika ada di antara anda yang 'friend' dengan seorang ustaz, ustazah, ulama atau mufti atau sesiapa sahaja yang mempunyai ilmu agama yang hebat. Mereka tidaklah memberi comment sesuka hati mereka di facebook. Sedangkan mereka boleh kalau mereka kehendaki.
Yang takde Islamic knowledge pulak yang beriya-iya sangat berbalah dan kata org haram sana, haram sini, bida'ah sana, bida'ah sini.
Malulah sikit. Kalau tak malu pada manusia di sekeliling kita. Malulah pada Allah. Ilmu yang kita ada ini hanya pinjaman sahaja. Allah boleh mengambil dan menambahnya bila-bila masa sahaja. Untuk apa berasa hebat?
Rasulullah tidak pernah pun merasa dirinya hebat. Malahan Rasulullah sering melakukan solat malam sehingga kedua kaki banginda bengkak. Itu Nabi yang dijanjikan Allah syurga untuknya masih merasa rendah hati. Inikan pula kita yang serba kekurangan.
Hidup hanya sekali dan manusia datang dan pergi dari kehidupan kita. Cubalah tinggalkan kesan positive dari diri kita kepada orang lain supaya kita diingati akan kebaikkan kita dan bukan sebaliknya.
Dalam kita berniat untuk berdakwah, jangan sampai niat baik kita itu digantikan Allah dengan dosa kerana kita telah menyakiti hati sesama Muslim.