Terima kasih atas cintaMu.
Terima kasih atas kasihMu.
Terima kasih atas pengampunanMu.
Terima kasih atas petunjukMu.
Terima kasih atas system pertaubatan ciptaanMu.
Ya Allah.....
Cukupkanlah hatiku dengan hanya adanya diriMu.
Cukupkanlah hatiku dengan adanya diriMu sebagai pelindungku.
Cukupkanlah hatiku dengan belaian cintaMu.
Cukupkanlah hatiku dengan kasihMu.
Cukupkanlah hatiku dengan bersyukur terhadapMu.
Ya Allah.....
Lembutkanlah hatiku.
Lembutkanlah lisanku.
Lembutkanlah penglihatanku.
Lembutkanlah hatiku untuk berlembut kepada penjaga kunci syurgaku.
Ya Allah.....
Terima kasih kerana mengurniakan penjaga kunci syurga yang sangat sabar dan penyayang. Terkadang aku takut untuk memindahkan kunci syurgaku kepada insan lain. Takut tersalah pilih.
Hanya Kau yang maha mengetahui apa yang tersirat dalam hati ini. Hanya dirimu mengetahui buruk baikku.
Tidak ada selain diriMu yang terbaik penyimpan rahsia diriku.
Kau tutupi keaiban diriku daripada pandangan/pengetahuan manusia.
Ya Allah.....
Lindungilah dan berkatilah penjaga kunci syurgaku. Kurniakanlah mereka syurga terbaik tanpa hisab. Peruntukkanlah syurga yang paling indah yang pernah Kau cipta.
Jauhkanlah mereka dari siksaan kubur.
Haramkanlah tubuh mereka dari jilatan api neraka.
Izinkanlah mereka melintasi jabatan siratMu pantas seperti kilat.
Lindungi, cintai dan sayangilah mereka seperti mana mereka berlaku terhadap diriku sedari permulaan hidupku di alam rahim sehingga ke hari ini.
Ringankanlah hati mereka dengan keberkahanMu.
Jadikanlah aku zuriat penyejuk jiwa dan mata mereka.
Terima kasih kerana mengurniakan aku pemegang kunci syurga yang paling amanah.
Aku sangat menyintai diriMu ya Allah. Jemputlah aku ke rumahMu kembali. Ku mohon agar ziarahku ke sana pada kali ini akan lebih bermakna dari yang sebelumnya.
Salam Sayang,
Aisha Sofia